ARAU: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini melawat bekas pemain kebangsaan era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menderita kanser prostat tahap empat sejak lebih dua tahun lepas.
Hamidin berkata bekas penyerang berusia 76 tahun itu merupakan legenda bola sepak negara yang disegani dan pengorbanannya dikenang hingga ke hari ini.
"Ketika masih kecil, saya pernah menyaksikan corak permainan beliau di kaca televisyen, saya merasakan beliau antara lagenda bola sepak negara ketika itu. Saya dan pihak FAM mendoakan beliau terus pulih dan kembali sihat seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas kunjungan ke rumah Syed Ahmad di sini, hari ini.
Turut hadir dua Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk Sivasundaram, Setiausaha Agung Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Zamri Ibrahim.
Sepanjang bergelar penyerang pasukan kebangsaan, Syed Ahmad pernah menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1971, sekali gus menyaksikan Malaysia layak ke temasya Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
Sementara itu, Syed Ahmad berkata beliau sangat gembira menerima kunjungan daripada rombongan FAM.
"Saya berharap pemain bola sepak sekarang lebih bersemangat kerana kita bermain untuk satu pasukan dan bukan untuk satu nama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
Hamidin menziarahi lagenda bola sepak negara Syed Ahmad Abu Bakar dan isterinya Samihah Ghazali di kediaman mereka hari ini. - Foto BERNAMA
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Hamidin masih ada misi yang belum selesai sebagai Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.
'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kesal dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Presiden FAM rai media Malaysia di Qatar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini meraikan petugas media dari Malaysia yang membuat liputan Piala Asia 2023.
Hamidin akui projek naturalisasi FAM gagal
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengakui projek pemain naturalisasi yang dikelolakan badan induk itu sebelum ini gagal.
Hamidin dan Presiden FIFA Infantino bincang pembangunan bola sepak Malaysia
Kedua-dua mereka juga mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.
Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.
Hamidin antara tujuh bertanding Ahli Majlis FIFA
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bersaing merebut kerusi Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.
Presiden FAM santuni legenda bola sepak negara menderita kanser
Bekas pemain kebangsaan era 70-an Syed Ahmad Syed Abu Bakar menderita kanser prostat tahap empat sejak lebih dua tahun lepas.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.